Pilihanraya Malaysia 2018

Tuesday, March 24, 2015

Soalan Lazim Pendaftaran Pemilih

Soalan Lazim Pendaftaran Pemilih (Sumber: http://www.spr.gov.my/index.php/soalan-lazim/pendaftaran-pemilih) 1 Q: Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih? A: Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang. 2 Q: Mengapa anda perlu mendaftar? A: Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. 3 Q: Apakah kaedah pendaftaran dan bagaimanakah cara untuk mendaftar ? A: i) Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara. ii) Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 4 Q: Di manakah pusat-pusat pendaftaran? A: i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya ii) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam,pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR 5 Q: Bilakah tempoh urusan pendaftaran pemilih dijalankan? A: Bil Tempat Masa 1 Ibu Pejabat SPR Putrajaya WAKTU PEJABAT 2 Pejabat Pilihan Raya Negeri 3 Pejabat Pos Berkomputer Terpilih 4 Pejabat Daerah/Majlis Daerah 5 Program Out-Reach SPR WAKTU YANG SESUAI 6 Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR. 6 Q: Adakah boleh nama pemilih yang panjang dimuatkan sebagaimana yang dikehendaki ? A: Nama pemilih adalah mengikut sepertimana yang terdapat dalam Kad Pengenalan tertakluk kepada maksimum 60 aksara (huruf). 7 Q: Bolehkah mendaftar di pejabat pos dengan menggunakan resit JPN KPPK 9 atau resit JPN KPPK11? A: BOLEH, dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 8 Q: Adakah boleh pasangan anggota tentera memilih untuk mendaftar sebagai pemilih awam / biasa? A: BOLEH. Pasangan kepada anggota tentera diberi pilihan untuk memilih sebagai pengundi biasa mengikut (Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. 9 Q: Adakah boleh pasangan anggota polis mendaftar sebagai pemilih pos (Pengundi Tidak hadir)? A: Pasangan anggota polis biasa tidak layak mendaftar sebagai pemilih pos. Hanya pasangan kepada anggota Polis Gerak Am sahaja yang layak untuk memilih sebagai pemilih pos. 10 Q: Adakah pendaftaran menggunakan kad pengenalan 8 digit masih boleh digunakan? A: BOLEH. Peraturan-peraturan yang digunapakai sekarang membenarkan penggunaan Kad Pengenalan lapan (8) digit untuk mendaftar sebagai pemilih. 11 Q: Bolehkah pendaftaran pemilih menggunakan sijil lahir? A: Tidak Boleh. 12 Q: Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain (warisnya)? A: Tidak Boleh. Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih. 13 Q: Kenapa SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik? A: Sistem pendaftaran pemilih yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah berdasarkan kepada alamat bermastautin yang tertera di dalam kad pengenalan dan disemak secara on-line dengan sistem ALIS yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Kaedah pendaftaran ini membolehkan pemilih mengundi di kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan masing-masing. Dengan yang demikian, pada hari mengundi, pemilih sendiri tahu di mana tempat dia mengundi. Jika sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan, ini akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih berdaftar yang tidak menukar atau mengemaskini alamatnya dalam Kad Pengenalan jika dia telah berpindah ke tempat lain. Pangkalan data di JPN akan menunjukkan pemilih itu menetap di sesuatu alamat sedangkan dia sebenarnya sudah berpindah tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN. Nama pemilih didaftarkan berasaskan alamat di JPN. Keadaan ini menyukarkan pemilih pada hari pengundian sekiranya pusat mengundinya terletak jauh daripada tempat kediamannya yang sebenar.. 14 Q: Kenapakah SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line melalui Portal Rasmi SPR ? A: SPR tidak melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara on-line kerana melalui Sistem Pendaftaran Sepanjang Tahun(SPPST) yang dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) 2002 menetapkan bahawa seseorang warganegara yang layak ingin mendaftar sebagai pemilih perlu hadir sendiri di kaunter pendaftaran SPR yang ditetapkan di seluruh negara. Jika pendaftaran diterima secara on-line, penipuan dan penyamaran pasti berlaku di mana ada orang yang akan memasukkan pendaftaran bagi pihak orang lain. 15 Q: Berapa lamakah tempoh pengesahan pendaftaran Pemilih Baru dan pertukaran alamat pusat mengundi? A: Urusan pendaftaran pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A. Selepas Borang A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun dengan suku tahun pertama bemula daripada Januari- Mac, Suku Kedua (April-Jun), Suku Ketiga (Julai-September) dan Suku Keempat (Oktober-Disember). RDPT itu seterusnya akan dipamerkan untuk tujuan tuntutan dan bantahan. Apabila urusan tuntutan dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan dan diwartakan. Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.